Concubine Lane Day Trip Via ETsa

 Day Trip To Concubine Lane Via ETS 


Hi guys, lama dah sepi dari blog ni kan...okay, kali ni sis try satu trip viral yang korang pun patut cuba. Sebab its fun & best, sebab tu ramai yg try. Trip ni adalah day trip ke Concubine Lane, yang terletak di Ipoh Perak. Dany yang menariknya sis naik ETS sahaja.Okay sis memilih cuti hari Kebangsaan yang lepas untuk ke sana. Jimat cuti kan πŸ˜›

Okay dibawah sis sharekan bajet & iteneri kot sesapa yang rasa nak pergi pulak kan.


✅
Day Trip To Concubine Lane ✅
Kali ni sis buat day trip kw Ipoh Perak yg viral tu...Concubine Lane dengan ETS.perjalanan ets selama 2jam.. Okayla best jugak... Masa tu cuti Hari Kebangsaan 31st Ogos... Kat bawah iteneri & bajet
Train Kl Sentral Ipoh Kl Sentral =RM 78
concubine Lane:
Kopi Panglima Rose Gold Rm9
Sengkuang Opah Viral=RM10
Air kelapa muda=RM7
Nasi Ganja Yong Shuan 2 plus teo ais = RM13
Grab Concubine Lane ke Nasi Ganja=RM12 (pergi balik)
Funtasy house trick art=RM15
Gambar=RM50
Total=RM204.00https://fb.watch/fmvXe7T_8s/ boleh folow page sis ya kalau sudiπŸ’•πŸ’•πŸ’•

KL Sentral Platform menunggu
Dalam Ets - Coach A


































Seawal 7am sudah berada di KL Sentral, walaupun train 8:47am tapi kita kena berada 1jam awal di platform menunggu. Seat sis pick tepi tingkap dan seat yang duduk mengadap 4 orang tu😁Tiket Ets sis beli online je sebab tak nak sibuk ke kaunter beli walk in lagipun tiket train ni macam goreng pisang panas.Laris. Coach A jadi pilihan sebab coach lain dah penuh. Coach C adalah yang menjadi rebutan kerana disitu kafe terletak untuk bersantai minum2 sambil menghabiskan masa. Perjalanan ETS ke Ipoh memakan masa 2jam.

Sampai dah KTM Ipoh...
Happynyatercapai hajat

Sampai kat KTM Ipoh dalam 11am macam tu, hari panas terik plak..tak mampu nak berjalan hahahaπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†padahal Concubine Lane hany 7-8minit sahaja berjalan kaki.Tapi berbaloi jugak naik grab hanya RM5 dalam masa 3 min hhehehe. Orang Ipoh memang best daorang siapkan kenalkan tempat menarik pada kita walaupun tau kita bercuti dalam malaysia.





Diatas sekitar kawasan mural menarik yang terdapat di Concubine Lane.Ada banyak lagi tempat menarik danunik untukberselfie tapi dah penat sis mampu amik mana dan je😜😜😜😜😜
Berenti jap kat Sengkuang Calit Opah Viral 
























Lepas tu sis pun pergi ke Funtasy Tick Art House yang berada disekitar kawasan Concubine tu jugak.Naik grab boleh tapi tak digalakkan sebab kawasan ni sangat crowded dengan pelancong.Grab mungkin tak nak amik.Jalan pun ok sambil2 singgah mana2 kedai untuk minum makan boleh cari tempat ni. Ada Upside world Ipoh dekat jugak tapi masa ni sis dah penat cukupla satu tempat je. Lagipun Penang & Melaka pun ada so tak pelah.

Kemudian sis pun pergi try Nasi Ganja Yong Shuan yang popular tu,orang Ipoh mesti tau kan. Pergi sini kena bersabar ye sebab Q dia mencabar jiwa raga jugak time panas terik lagi 😌😌😌😌

Nasi Ganja Yong Shuan
Nasi Ganja ni harga dia tak mahal sangat. Masa tu makan dua orang sekali dengan tea o ais RM13 macam tu. Jadi boleh kata mampu beli lagilah.Bukan harga kayangan  😝😝😝😝Tapi sis tak fav nasi ganja,nasi kandar so tak bleh nak kasi star hehe... tapi tetap boleh makan macam biasa.
Kemudian nak balik tu ternampak pulak kedai cendol kat sebelah, rupanya sama je deret tu dengan Yong Shuan.So apa lagi kitaorang pon try lagi duduk situ pekene.
Kedai Cendol Sebelah Yong Shuan

Sis try cendol jagung je


Selesai makan cendol nak balik ke Concubine Lane sebab nak beli sikit cenderamata.Sambil2 boleh pekena Kopi Panglima yang sedap dan kaw.Harga pun dalam RM9.Sis try Kopi Panglima Ros Gold.Ada bunga rose atas dia hahahaha  

Kopi Panglima Rose Gold Concubine

Kedai dia, tauke ramah gile


Selesai membeli sis balik ke KTM dengan grab je RM8 padahal dekat seberang je KTM tu tapi tak larat punya pasal dan penat, decide amik grab je.
OTW Balik KL 





























Comments

Popular posts from this blog

to pangkor island we go yehaaa

Trip bajet Kul - Hadyai- Krabi 2018

KK - Kundasang - Mamutik + Manukan islands