Trip bajet Kul - Hadyai- Krabi 2018












TRIP BAJET KUL-HATYAI-KRABI RM500 /4000Bht

Bajet

Transportations :
1.Bas - KUL-HATYAI =RM55
        HATYAI-KUL =RM60 + RM10 (Minivan ke Danok bas tgu sana)

2.Minivan - Hatyai - Krabi Town - Aonang Beach =RM29
            Aonang Beach - Krabi Town - Hatyai =RM44
            Aonang Beach - Krabi Night Market =RM30
3.Tuktuk - Hatyai Night Market - S.C Herritage =RM2
           S.C Heritage - Bas Station Hatyai =RM2
4. Grabcar - Bas Station Hatyai - The 1st Place Hatyai =RM6.6
             The 1st Place Hatyai - Minivan Station Hatyai =RM10

Hotel :
The 1st Place Hatyai = RM 64 /2 (1mlm)
S.C Heritage Hatyai = RM42.20 /2 (1mlm)
Nemo Resorts 2 Aonang = RM67 /2 (Tak masuk itenery sebab bestie sponser)

Makan : RM60 
Souvenir : RM90
Lain2 : Ikut bajet sendiri (Berapa banyak korg nak beli tu ikut duit poket korang hehhee)

Total : RM443.50
Duit bawak : RM500 (plus ada duit bht lebih balik Hatyai Mac lepas dalam 38bht
Balance : 298bht  @ RM37.83



Ringkasan Perjalanan


8hb : Kuala Lumpur - Hatyai
9:30am dari TBS dengan bas direct ke Hatyai sampai dalam 9:30pm.Masa ni Siam jam teruk semua pintu masuk.Sebab tu kitaorang sampai lewat.Musim cuti kali ni agak panjang dan bersambung2.Jadi ramai pengunjung dr Malaysia memilih utk ke negara Thai untuk bercuti.Seperti biasa saya dan scha akan memilih ke utara kerana destinasi ke siam tak perlu untuk tempahan tiket flight yg mahal dan sukar dapat harga murah pd saat akhir.Tambahan pula ada pelbagai pilihan penggunaan pengangkutan boleh dilakukan. Tapi jangan lupa sebagai penjawat awam kita mesti memohon kebenaran ke luar negara.Untuk jaminan keselamatan diri sekiranya terjadi apa2 yg tak diingini. 

inilah rupa boarding pass yg dah print.Kepada sesiapa
yg beli tiket online sila tukar dulu kat kaunter















Resit bas yg dah print kena printkan boarding pass
kat sini.



Bas intertop ni best sebab ada tempat charge fon huhu tak dela susah hati hp habis bateri.
Bas plak tiap seat diseatkan selimut kalau2 kesejukan 

sampai je chop pasport kat boarder.Nasib baik mlm org dh kurang.Lepas tukar dr bas ke minivan kitaorg teruskan perjalanan dengan pnumpang lain ke Hatyai dari Danok.dlm 40 minit.Van akan drop kat area lee garden plaza atau tempat2 hentian bas.Terus cari makan area situ je kat restoran Rocky muslim Food. Ooo makoii punyelah banyak org malaysia turun Hatyai minggu ni sampai semua kedai penuh n makanan tiada stok dah hehehehe.Habis makan kami amik grab ke hotel dan bermalam di situ The 1st Place Hatyai.Hotel ni usang dan sedang dalam pembaikan semasa kami menginap disitu.Ada banyak kekurangan memandangkan hotel ni dalam bangunan lama.Namun layanan kaunter dia sangat baik.Walaupun komunikasi bahasa inggeris tak fasih tapi sangat membantu dan mereka berusaha memahamkan kita.4stars untuk layanan hihihi

9hb September
Seawal 8am lagi kami dah checkout dan amik grab ke minivan station untuk teruskan perjalanan ke Krabi. Sampai di Station ni kami breakfast ringan dulu sebab ada mcm medan selera.terdapat jugak yang halal tapi agak limited.Namun disyorkan untuk amik van disini dr amik kat bandar Hatyai sebab hatga lebih jauh murah sekitar 230bht je sorang berbanding 600bht hahahah. Dengan harga ini pula kita boleh dihantar terus ke Hotel di Aoanang Beach.Tak perlu turun di Krabi Town sebab biasanya van mmg akan turunkan kita di situ.Dari situlah kita kena amik tutktuk pula ke Aonang.Dalam 20min perjalanan. So kami cuba2 berbincang dengan driver dan driver kata okay.syukurlah,sekali jalan je.

sampai di Krabi singgah dalam 20min di Trang kawasan macam RNR tapi kecik je untuk minum dan ke tandas dalam 12 lebih.Sekitar jam 2;30 pm kami tiba di Nemo Resorts 2 Aonang Beach.Dekat dengan pantai Aonang je 7-10min jalan.Pantai ni bukan utk mandi untuk lepak2 je mcm area pantai klebang tu.huhu...dan dekat dengan Aonang Town. Situlah letaknya restoran BangBoo Seafood yang popular tu.huhu....Lepas Check in kami rehat jap mandi dan disambut baik oleh owner resorts. Kami plan nak ke Krabi Night Market malam ni so owner pun carikan van.Kami grak 6pm












Bersama dengan penumpang lain yg dah amik pakej dengan dorg kami yang tangkap muat ni pun ke Krabi Night market dlm 20min perjalanan. Kami makan dan beli belah kat sana sampai 9pm.Disini mmg makanan laut sangat murah dan pelbagai cara masakkan beza dengAN tempat kita boleh ditemui.Kami kembali semula dengan van yang sama.Rehat untuk island hopping for tomorrow huhuu

10hb September
Seawal 9am lagi kami dah bersiap untuk trip ke 4islands. Van resorts akan jemput di hotel dan pickup beberapa penumpang lain untuk ke jeti.Dkat je rasa x sampai 10 min.Dah sampai.Kat jeti kite ken daftar ikut pakej yg kita dah beli.tunjukkan resit n akan dia akan bagi gelang yang berwarna ikut pakej korang.Contohnya 4 Islands gelang kuning so nanti bila long boat dah ready dia akan panggil kaler tu.Korg ikutlah dia.hihihi...

Nanti dah dalam boat tourist guide akan terang tentang pulau2 dan tempat2 yang korang akan lawati sepanjang hari tu. Pakej 4 Islands ini dibayar merangkumi semua program yang akan korang buat kat pulau tu. Complete pakej sebenarnya termasuk makan tengahari secara buffet dalam 3 lauk.AIr mineral sepanjang perjalanan sampai lewat petang. Otw balik Aonang plak akan berikan hidangan berupa potongan buah-buahan.Kalau gi pantai janganla musim2 akhir tahun sebab musim hujan dan laut berombak kuat dari biasa. Masa kami pergi pun dah kuat ombak dan hujan sekejap2 setiap hari.












Malam sampai kat resort kitaorg makan kat area depan resort je ade kedai makan muslim situ.Kedai kampung.Okay je sebab harga plak murah je RM5 utk semua makanan seperti nasi goreng dan mee goreng.Kedai ni bukak seawal 8am pagi.Jadi kami bercadang nak datang breakfast kat sini esok huhuhu esok nak balik Hatyai da.Nak ke Aonang Night Market pun x larat da nikan pulak Krabi Night Market hehehe...so rest je la sampai ke pagi.




11 September 

Kami bersarapan sebelum bersedia menunggu van kat lobby resort yg comel tu. Owner dah sediakan van yg akan jemput kita sebab dah bayar harga semalam 350 bht sorg untuk terus sampai ke Hotel di Hatyai. Pastikan perbincangan anda clear dan jelas dengan driver masa deal tu. Sebab kalau x servis van ni hanya sampai Krabi Town je. Dari situ kena ;ah cari van lain atau grab untuk ke Hatyai plak. Sepanjang perjalanan sama seperti hari pertama tiba.Perhentian pun tempat yang sama.








Tapi kami jangka akan tiba pada 230pm di Hatyai. Malangnya van kami panci di tengah jalan dan hujan lebat turun ketika itu.Kami terlewat sampai di Hatyai dlm jam 5pm lebih kurg. Kami check in di S.C Herritage Hatyai.Hotel ni pun okaylah walaupun bangunan dia agak lama dan usang tapi lagi elok dari The 1st Herritage pada hari pertama. Tapi sini problem sikit sebab awek kaunter dia astaga tak boleh speak English pun kiki tapi dia sangat lucu dan baik hati.Dia pun layankan jer kami.Macam ayam dengan itik bercakap.




Sebaik saja masuk bilik tglkan beg kami pun keluar balik untuk ke Hatyai Night Market. Kami hanya berjalan kaki je ke Lee Garden Plaza. Tak jauh pun dari hotel. Kurg 10 min.Jadi takyahla amik grab sebab rugi je.Kitaorg makan dan beli bungkus banyak jugak makanan kat pasar malam hatyai ni.Lebih murah dari kat Krabi.


















 Kenyang makan kami g ke 7E dia wah situ ade jelah yang nak beli.Sebab murah je. Selesai membeli kami balik ke hotel dengan tuktuk. Hanya rm2 je. Terus deal untuk hantarkan ke situ semula esok pagi. Sebab station bas dekat je situ.dengan harga rm2 jgk.


12 September
Kami kuar awal dr hotel 730 am bergerak ke sttion bas dengan tuktuk. Sampai situ breakfast kat rocky muslim food.Jalan2 sekitar kawasan sambil selfie sikit.










 Sebelum kembali ke station bas untuk menanti minivan yang akan jemput utk ke Danok.Sebab bas tunggu kat sana. Hanya 40min je jarak. Kita kena bayar rm10 utk harga minivan ni tak termasuk dalamtiket bas. Sampai di imigresen Danok chop passport baru naik bas. Lepas tu sampai kat imigresen Bukit Kayu Hitam barulah perjalananditeruskan ke Kuala Lumpur.Sebelum tu akan berhenti makan di Duty Free Zone Bukit Kayu Hitam jap.DI Aman Sentral berhenti lagi sebelum sampai terus ke TBS.








Sekian, semoga ada peluang kembali ke Thailand...BKK ker kite

















Comments

Popular posts from this blog

to pangkor island we go yehaaa

KK - Kundasang - Mamutik + Manukan islands