trip hatyai - songkhla via train from kul

TRIP BAJET KUL - HAT YAI - SONGKHLA

Bajet Below Rm 500 / each

3 H 2 M ( 30 Mac - 1 April )
2 Orang 


Rasa macam mimpi je Febuari lepas baru balik dari Indonesia bulan ni nak masuk Thailand plak. Nampak memang macam best tapi sebenarnya letih. Sapa- sapa yang tau dan ada pengalaman jadi backpacker ni mesti faham maksud aku. Yela semua kita kena buat sendiri. Dari bajet sampai kediaman makan minum dan lokasi. Namun perlu diingatkan walaupun ia penat sebenarnya ia sangat-sangat berbaloi dari segi pengalaman. bajet. juga ilmu. Kerana bukan semua yang pergi melancong tu dapat apa yang kita dapat ni. Kebanyakkan yang pergi dengan travel agent jadi mereka hanya ikut je semua program yang diaturkan. Yea aku akui memang seronok mcm tu semua orang urus tapi banyak yang kita ketinggalan sebenarnya. Jadi selagi terdaya dan termampu backpacker tetap pilihan hati saya. Aku enjoy dan sangat enjoy. Buktinya my travel partner tak sabar-sabar nak plan pegi tempat lain lagi walaupun baru sangat menceburkan diri dalam bidang jalan2 terbang ni hehehehe..




Kali ini aku pilih ke Thailand dan cuti yang tak perlu banyak diambil dengan bajet rendah aku pick Hatyai lah. Hati nak ke Krabi tapi masa tidak mengizinkan sebab jika ke Krabi terpaksa mengharungi 5jam perjalanan darat. Lain kali je k..huhu. Aku pilih naik ETS untuk pergi dan balik naik bas pulak. Mesti orang ingat aku ni bengongkan nak penat2 naik ets bas bagai. Flight ade tak nak. Bukan macam tu sebenarnya. Aku balik kampung pun naik flight pegibalik. travel sebelum2 ni pun naik flight memanjang. Jadi rare sikit kalau tukar cara travel tu. Penat tapi berbaloi. Lagipun apalah sangat nak naik flight tu bercerita itu ini hebat sesekali alami perbezaan yang lebih mencabar dan adventure sikit. Mat salleh pun boleh buat kita plak cakap mcm mcm. Mat saleh tua2 pun bwk bini travelling tak de hal naik turun bas. jalan kaki kite sibuk naik kete...jgn jadikan alasan..nak buat xnak sudah. Lagipun disamping menjimatkan kos perjalanan inilah caranya selain boleh bersantai.Sori ya gambar x byk upload sini boleh g ke page fb : Girls Travelog

29 hb mac 2018 khamis

Bergerak dengan ets dari KL Sentral ke P.Besar 11:22 pm Perjalanan adalah lebih kurang selama 5 jam. Tiba di P.Besar dalam pukul 5 am. 

   


 

30 hb mac Jumaat Day 1

Berhenti rehat di cafe dalam station P.B sehinggalah jam 8;30 am kami pergi beratur  membeli tix train ke hatyai yang akan buka jam 9am. Ada minivan yang akan mencari customer di P.B sejak awal pagi lagi tapi aku tetap stick to the plan nak jugak naik tren. if boleh dapat train classic lagi best. Tapi sayang dapat tren aircond hehehe...satu jam perjalanan sampailah hatyai. Nak ingatkan korg ye walaupun kaunter tiket train ni buka 9am kita mesti beratur seawal jam 8am sebab barisan akan menjadi panjang terutamanya pada musim cuti serta weekend ye...dan sediakan cukup2 duit thailand 10baht tau sebab kalau kite tak de duit kecik thailand dia akan mtk duit malaysia rm10 .Kita akan rugi tau sebab 10 baht tu bersamaan rm7 atau rm8 duit kita je. Dia tak kan bertimbangrasa untuk bagi duit tukar thai sebab q panjang dan orang semua berpusu2 nak tiket.





Dalam 40 min ke sejam akan sampai ke hatyai, dari stesen tren hatyai kami ingat nak amik tuktuk ingatkan murah rupenye lagi murah naik grab. Jadi kami pun amik grab untuk ke Tanapht Hotel yang lokasinya sangat startegik terletak di tengah bandar  hatyai yang comel.






Tuktuk mtk 100baht tapi kami pilih uber hanya 80baht je. Naik Toyota Yaris masa ni driver hensem giler..sabar je la hehehe..tapi sayang dia takut sembang jadi hanya diam je sepanjang jalan sib baik tak sampai 8 min dah sampai. Kat kaunter pun receiptionist tak berapa nak layan kami sebab masalah bahasa kot jadi dorg lebih suka diamkan diri je. Di sini kebanyakan masyarakatnya tidak fasih bahasa inggeris. sebab tu mereka kelihatan seperti takut-takut atau suka diam je. Tapi kita boleh amik hati dorg dengan cuba berkomunikasi bahasa isyarat. Lama-lama dorang akan rasa selesa. Walaupun macam ayam ngan itik hehehe...tapi tak pe sebab ada yang boleh berbahasa melayu dengan baik tau...

Inilah Tanapht hotel yang popular n jd buah mulut ramai tu. Kawasan sekitar sgt strategik dan senang untuk capaian hanya dengan jalan kaki je boleh explore Haytai


Dapat bilik kami pun refershkan diri sebelum keluar bali selepas sejam setengah. Kami jalan kaki je cari kedai makan. Jumpa restoran salma. Nak bagitau keistimewaan hotel Tanapht ni senang jumpa kedai halal yang sukar ditemui bagi sesetengah pelancong beragama islam.

 Makan tomyam kari hijau petai. aku dapat sewa tuktuk melalui abg nizam. Dapat dua abg ari dan abg rahman tapi yang jawab dulu abg ari. Kami pun sewa dengan harga 750baht sebab mtk diskaun separuh hari..kalau full day mungkin 1500baht. Jadi hari pertama kami ke :


Honey Bee Farm - kawasan madu lebah yang diproses hasilkan pelbagai produk asli macam makanan.minuman.sabun.herba serta makanan kesihatan yang lain. Ada la beli sikit kekcang untuk unyah2 sini.

3D museum hatyai - lebih sesuai kalau ada anak2 sekali . Tempat ni macam taman teman la tapi bukanla mcm genting atau taman anchol jakarta. kecik je. untuk suka2 bawa anak2. banyak mural unik berunsurkan animasi kat sini.

Chang Puak Champ - boleh naik gajah dengan harga 60baht sekali ride.tak nak ride boleh jugak bagi makan pisang kat gajah tu. tapi pisang memang kena beli lah. Tapi aku tak tau napa aku tak berani naik gajah huhu...geli tengok bulu gajah. kikiki...

Floating Market Khlong Hae - sini paling lama kita org stuck hehehe sebab sibuk makan. pilih makanan. Yang makan makan yang tapau pun tapau. pastu susah nak pilih sebab ramai org berebut tunggu turn. Lepas makan terus g pasar malam dia. Beli beberapa barang buat buah tangan balik. Tapi tak banyak sebab target memang nak jalan je.

Asean Night Market - sini kawasan shopping dia sangat memukau banyak pilihan tapi sayang mahal dari floating market sebab area pelancong kot. tawar pun tak nak kurang.takpelah xbeli pun sini hihihi cover huawei je la dapat satu kikiki...kawasan ni aku habis pusing sorg2 scha penat dia duduk tunggu aku lepak dengan sorg mamat thai yang hensem ayooo...huhu last2 mamat thai tu join kitaorg sewa tuktuk ha...pastu g makan kat tingkat atas sebab situ halal food. heaven situ mcm2 ada. siap tapau bawak balik aku mujur ade peti ais kat hotel hehehehe..

Spa Urut kaki - Malam tu sepatutnya  makan malam kat seafood yg popular tapi sayang mata ngantok gile. Cuma sanggup g urut kaki je kat satu spa tu lupa namanya heheheh... aku tak urut aku tunggu scha je pegi urut satu badan. aku tunggu dia sampai nagntok kikiki...1jam lebih kurang.

Dalam 1030pm kitaorg balik hotel untuk berehat. Ngantok sgt wei hari pertama sebab seharian tak tido tunggu train punya pasal.

31 hb Mac 2018 Day 2 

Pagi hari kedua kitaorg kena standby dalam 9am sebab abg Ari dah serahkan kitaorg kat Abg Rahman untuk trip day 2 ni. Tapi pagi tu jugak dapat call yg abang Rahman pun tak dapat nak bawak sebab dia ade masalah naik bukit. Jadi Abg Mat akan bawak kita. Tak kisahlah..Abg Mat pun ok jugak. Dia bawak kami ke satu kedai makan untuk breakfast dulu sebelum start program. Kami mtk dia bawak ke kedai makan yg biasa kedai2 makan popular bukan restoran tu. Dia pun bawakla kami makan mee chelup versi hat yai. boleh tahan daging pun banyak gile. Makan pun baru 80baht sorg. Habis breakfast trus gerak ke :

Municipal Park Hatyai - lebih kurg 5 - 6 km dr hat yai City. Disini terdapat temapt2 riadah dan ibadat buddha yg unik boleh dilawati.Sebelum tu kami kena naik fery ke seberang,Fery tu bawak kereta dan motosikal sekali.Jadi kita takyah la nak turun kereta.

-golden standing buddha 

- Cable car - nak ke sebelah kena naik cable car. cable car dia dekat je tak macam genting highlands. tapi boleh tahan ngeri la bawah hutan hehehehe... dalam tu muat 6 org. kat sebelah tu boleh nampak view hatyai city yang cantik.ada cafe sini boleh makan minum ringan sebab panas terik.

Wat Hat Yai - Huge Sleeping buddha selfie kat sini. Patung buddha ni besar gile...warna emas. Sekitar ada jual air kelapa.singgah minum dengan harga 25baht sebiji. Sambil2 tu jalan pegi area laut kat kawasan belakang dia.Cantik dan tenang cuma panas sangat. 

Aquarium Songhkla - singgah kat sini. DFriver tuktuk sempat solat sementara tunggu kami.  

Hatyai dragon head 

Subaida Seafood - dibawa makan tengahari kat kawasan makanan sefood yang popular kat sini. Disni terdapat banyak pilihan nak makan cuma kena pandai2 la nak scan kedai halal n tak halal sebab memang nampak sama je. Tapi kami sebab driver tuktuk muslim jadi senanglah cari makan halal sebab dia yang bagitau. Makan sini sampai tak boleh bangun. Udang bakar,sotong tomyam putih mak aiii mencekik betul . 

Samila beach - kat sini paling lama. Sebab sempat plak g tengok cenderahati kat kedai2 dekat situ. selain tu boleh gi jumpa ikan duyong hihi...horse riding sini. sambil santai tengok laut yg biru. 

Ban Pru Floating Market  - hantar perutlah macam biasa.tapi masa ni kenyang lagi so kebanyakkan menu yg dibeli dan ditapau adalah merapu2. hahahha tapi kebanyakan berunsur manisan dan air. sebab haus. 

Dinner -kami request supaya abg mat bawak makan kat tempat mcm open air.makanan yg biasa2 tapi memang sedap tak perlu restoran.dia bawak g tempat mcm pasar malam area hospital. mula2 dia malu nak bawak makan situ.tapi tengok kami melompat suka dia jadi senang hati hihii...abg mat ni dia malu dengan kami. sebab sepanjang masa jemput dia makan minum sekali dia tak nak. samalah mcm kat jakarta dan bandung. prinsip dorg kot.tp malam ni kami pujuk dan paksa sebab malam berpisah. akhirnya dia sudi. Masa nila sembang dengan dia banyak hal. rupanya dia org kampung.kerja petani katanya. tahun ni dia nak start ikut kursus pemandu pelancong nk full time baak tuktuk. sapa2 nak ke hatyai krabi atau phuket boleh sewa dia ni. dia sangat sporting dan baik.

Balik hotel - berkemas barang2 untuk balik awal pagi esok sebab bas 10;30am.

1 hb April 2018 - Ahad 

Kami siap awal 8am dah siap. Scha ajak turun untuk jalan2 jap sebab kawasan dekat je banyak kedai2 kami pilih 7E sebab 7E pun sangat besar dan banyak benda menarik dalam tu.situ pun heaven hehehehe...beli brg mcm2 kat situ dlm rm50 je..banyak lak tu. 9am balik hotel. 930am amik grab. Dari Sri Maju kami kene naik minivan dengan 10baht sorg. dari situ kami kena ke danok dlm 1jam perjalanan kat sana bas sri maju akan tunggu.sebelum tu lalu imigresen n kastam thailand dulu selitla rm1 dlm pasport dorg nak amik amik kalau nasib elok dorg tak amikla h3h3...so smpai danok naik srimaju terus ke bukti kayu hitam...balik malaysia..yeyeaaay...

Perbelanjaan seperti biasa trip yang aku buat mesti jenis bajet kaw2. maksudnya duit shopping asingkan.Kalau just untuk beli buah tangan cukup lagi bawah rm550. if shopping tak ingat dunia memang kena bawak lebih la dalam rm800 pun cukup kot..macam aku tak da masalah rm500 cukup dah siap belib uah tangan sikit n baju t shirt n kain batik lagi.

Perbelanjaan 

Day 1

Breakfast di Padang Besar - Rm3

Tix train Pdg Besar - Hatyai - Rm8.50 (70baht) 

uber ke hotel tanapht - Rm9.9 (80baht) 

Lunch kat SalmaRestoran - 362 baht (180baht sorg) - Rm22

-makan petai udang sambal. tomyam. sayur kailan goreng ayam kari hijau teh ais laici

Tuktuk sewa halfday - 750 baht - Rm46 

Chang Puak Champ - rm12 x 2 = Rm24

-beli gambar n frame disitu background chang puak champ dgn harga 100baht 

Floating Market - Rm 27 (240 baht)

- Baju Tshirt 100 baht, Baju Tshirt 120baht Kain batik 100baht 

Makanan - mangga pulut 40 baht x 2 - Rm10  

Air Kelapa - Rm2.5

Cendol - Rm3.00

Dimsum - Rm3.0 

Asean Night Market  

- cover hp - Rm12

- Dim Sum - Rm 4.00 

- Jeruk - Rm 4.00 

Sushi - Rm 4.00


Day 2

TukTuk - Rm 124 / 2 org - Rm62

Breakfast - mee chelup versi hat yai = teo ais - Rm 10

Cable Car - Rm24

Air Kelapa - Rm 3.00 

Samila Beach 

- magnet Rm 12 

Dinner open air (belakang hospital) 

Rm 5 

- Mangga Rm 6


Day 3 
Pagi sebelum balik 9am g 7E dulu sempat beli brg2 Rm51
Kat 7E thailand ni memang betul2 syurga sebab murah giler. Beli seplastik barang cuma rm51 je. Siap denga mask rambut mask muka. minyak argan rambut mcm2 lah..

Seterusnya kami naik bas dari bandar hatyai ke sempadan dan terus kembali ke malaysia. Balik kami pilih Bas je sabab train sold out untuk balik pada tarikh ini.


























Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

to pangkor island we go yehaaa

Trip bajet Kul - Hadyai- Krabi 2018

KK - Kundasang - Mamutik + Manukan islands